gambar ni diambil semasa duk di cheras KL, masa nih dah kemas2 barang nak pindah kk, so gambar kenangan di rumah lama...rumah yang ibu tak suka duduk semasa mengandung adik...tapi bila dah habis "penyakit' orang mengandung nih, ibu sayang pulak nak tinggalkan rumah tu...sebab adik membesar di situ.. mama ros dan papa hamzah pun selang 3 buah rumah je dari rumah kita, so senang bila ibu nak hantar adik time nak p kejer n time nak balik, kuar lif, ketuk pintu terus bleh ambil adik..senang sangat...lagipun bila2 masa aje kak nabila bleh ambik adik buat main2...kat belakang ibu tu ikan ibu dengan abah bela masa mula2 kahwin dulu, so dah lama..sekarang ibu terpaksa bagi pada mama ros tuk sambung bela..ada 3 ekor masa tu, ikan mas kuning, hitam+putih dan satu lagi ikan DBKL...ibu gelarkan tiga ekor ikan tu yang ikan mas- ibu, DBKL yang gelap tu-abah, dan yg kecik hitam+putih tu adik...hehehe ibu sayang sebenarnya pada ikan2 tu...tapi terpaksa bagi pada mama ros sebab susah nak bawak naik flight datang KK nih...emmm kain langsir warna kuning tu ibu jahit dengan tangan je masa ngandungkan adik...sampaikan banyak luka2 pada jari ibu sebab tercucuk jarum...kain tu keras..tapi abah janji kalu ibu dapat siapkan langsir kat umah tu abah akan belikan mesin jahit kat ibu...suka ibu mendengarnya...abah...mana mesin jahit ibu? ibu tuntut sekarang! semangat nak menjahit nih tiba2 je datang...almaklumlah sampai sakit pinggang ibu nak siapkan langsir tu...lepas siap ibu pun tyak percaya ibu boleh siapkannya...bolehlah dari lansung tak ada langsir sebelum ni...tutup pakai kain selimut je...hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan