21 Ogos 2008

KFC Bisu & Pekak

KfC...itu crita ibu darwisyah tengahari ini, sorylah ek..kirakan nih bloq nur afrina darwisyah untuk geng baby comel tapi ibu dan abah dia menyelit sekali sekala...tadi pegilah makan KFC kat Tanjung Aru, KK nih, abah kata pelik KFC nih tak ada orang...bila ibu dah abah masuk tuk ambil order, yang mengambil order tu rupa2nya bisu dan pekak, so abah dan ibu gunalah bahasa org bisu hanya membuat pesanan menggunakan gambar yang ditunjukkan...tapi bila dah siap ambil order, hidangan disediakan, tapi ibu dan abah nak tukarlah ayam tu kepada kepak sebab tukang ambil order tu bagi dua dada satu peha, so bila kami bagitau dia tunjuk isyarat bisu & pekak (dalam hati ibu berkata, ada jugak KFC ambil org bisu & pekak bekerja...)..dah tak tau nak kata apa, si abah darwisyah rujuk kepada pelayan yg sebelah, tanya punya tanya rupa2nya sebelah pun bisu dan pekak..dah tak tau nak buat apa, abah buat gaya mengepak..ibu pun tergelak...tapi mujurlah dia faham...

ibu dah syak sesuatu, tilik punya tilik dalam KFC tu rupa2nya KFC khas untuk pekerja bisu dan pekak..emmm..patutlah kat dinding kfc tu ada tanda isyarat tangan hurup A-Z tuk bahasa bisu dan pekak...

KFC tu telah dirasmikan oleh isteri ketua menteri sabah pada tahun 1996 lagi...dah lama rupanya...sebelum nih ibu dan abah darwisyah tak pernah jumpa di semenanjung...kalau kawan-kawan datang KK nih pergilah menjamu KFC bisu & pekak di Tanjung Aru, KK...sunyi je KFC tu..makan pun tenang je..hehehe...

Tiada ulasan: